Page 142 - Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030
P. 142
PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030 PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030
9.4.2 Pelan Penyelidikan
Penyelidikan merupakan aktiviti yang perlu dijalankan secara berterusan
dan hasilnya menjadi sumber rujukan, data dan sumber maklumat baru bagi
kawasan geopark. Pelan ini penting bagi menyokong sesuatu geopark untuk
diperakukan sebagai Geopark Kebangsaan ataupun UNESCO Global Geopark
serta untuk perancangan pemuliharaan dan pembangunan di masa hadapan.
Pelan penyelidikan juga adalah merupakan dokumen yang menyediakan
rangka kerja untuk pembangunan budaya penyelidikan secara integrasi bagi
menyokong sektor geopelancongan berasaskan ilmu.
9.4.3 Pelan Pembangunan Komuniti
Pelan Pembangunan Komuniti Geopark perlu diwujudkan sebagai
panduan kepada badan pengurusan geopark untuk merangka dan menyusun
program serta menyediakan peluang dan ruang yang boleh membantu
masyarakat memperbaiki taraf sosial dan ekonomi mereka. Pelan ini
mensasarkan pemerkasaan golongan wanita, masyarakat orang asli dan belia.
Komuniti akan dilibatkan dalam semua aspek pengurusan, pelaksanaan,
pemuliharaan dan pemeliharaan, serta geopelancongan. Penyertaan komuniti
tempatan untuk menjalankan program-program setempat dapat meningkatkan
taraf sosio-ekonomi dan kualiti kehidupan mereka. Peluang pembangunan ini
adalah untuk menjana pendapatan individu dan juga berkelompok. Peluang
pekerjaan baru boleh diteroka, dibuka dan ditambah nilai untuk keperluan
geopelancongan dalam pelbagai sektor ekonomi seperti perkhidmatan dan
hospitaliti.
9.4.4 Pelan Perniagaan Pelancongan
Pelan Perniagaan perlu disediakan sebagai panduan kepada badan
pengurusan geopark dalam mencapai matlamat untuk mempertingkatkan tahap
sosio-ekonomi komuniti sesuatu geopark. Ia juga membantu komuniti setempat
untuk kekal fokus dengan objektif yang telah ditetapkan. Selain itu ia adalah
127