Page 139 - Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030
P. 139

PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030                                                                                                                          PELAN  PEMBANGUNAN GEOPARK    NEGARA  2021-2030
               PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA
                                                    2021-2030
                                                                                                                                                                                   PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030

                    Sasaran pembangunan UGGp seterusnya adalah seperti berikut:

                      i.   Aspiring Sarawak Delta UGGp
                      ii.   Aspiring Lembah Kinta UGGp

                     iii.   Aspiring Jerai UGGp




             9.3    TADBIR URUS



                    Tadbir urus yang mantap (Well-established governans) merupakan unsur penting

             dalam  memastikan  kemampanan  sesebuah  geopark  setelah  mendapat  pengiktirafan
             sebagai Geopark Kebangsaan mahupun Geopark Global. Kewujudan satu pendekatan

             tadbir urus bersama (Co-management) yang sistematik, cekap dan berkesan melibatkan

             keanggotaan  semua  pihak  berkepentingan  bagi  merancang  dan  melaksanakan
             pembangunan geopark secara teratur.


                    Pembangunan di dalam geopark hendaklah dilaksanakan secara mampan agar
             sumber warisan geologinya tetap terpelihara dan dapat dimanfaatkan untuk mengangkat

             taraf sosio-ekonomi, pengekalan kualiti alam sekitar, dan pengekalan budaya melalui

             pemerkasaan komuniti setempat.

                    Melalui  tadbir  urus  yang  baik  adalah  wadah  untuk  melaksana  semua  inisiatif

             utama melalui beberapa prinsip seperti berikut :

                a)  Penyertaan komuniti – menggalakkan penglibatan semua komuniti dan dan pihak

                    berkepentingan;
                b)  Persetujuan bersama (konsensus) – mengenai perintah dan kawalan;

                c)  Bertanggungjawab  –  mempunyai  tanggungjawab  yang  jelas  terhadap

                    tindakannya;
                d)  Telus – mempunyai sistem yang jelas, terbuka dan jujur;

                e)  Responsif  –  dapat  menyesuaikan  diri  dan  bertindak  sesuai  dengan  risiko  dan

                    peluang;
                f)  Berkesan  dan  cekap  –  berfungsi  dengan baik,  dan  memberi tumpuan  kepada

                    konsep kemampanan;
                g)  Saksama  dan  inklusif  –  mempunyai  proses  yang  adil  dan  saksama;  meliputi

                    keahlian yang luas;
                h)  Mematuhi kedaulatan undang-undang – mematuhi undang-undang dan peraturan
         124
                    sedia ada bagi mengekalkan kriteria UNESCO.
   134   135   136   137   138   139   140   141   142   143   144