Page 125 - Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030
P. 125
PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030 PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030
terperinci termasuk kajian fosil dan penentuan usia batuan di tapak yang
mempunyai potensi warisan geologi yang penting. Berdasarkan semua
data geologi yang dikumpulkan pakar geologi melakukan penarafan
terhadap geotapak sama ada tapak berkenaan mempunyai nilai warisan
yang penting pada tahap tempatan, negeri, kebangsaan dan
antarabangsa.
ii. Pakar Arkeologi
Arkeologi ialah bidang sains yang melakukan kajian mengenai
kebudayaan prasejarah mahupun sejarah sesuatu ketamadunan. Bagi
kawasan geopark yang mempunyai khazanah arkeologi, kepakaran dalam
bidang arkeologi diperlukan dalam mengenal pasti taraf kepentingan nilai
warisan arkeologi yang ada. Kepakaran arkeologi akan membantu dalam
menjadikan sumber warisan arkeologi sebagai sumber yang boleh
dimanfaatkan ke arah meningkatkan taraf sosio-ekonomi komuniti
setempat.
iii. Pakar Ekonomi
Matlamat penubuhan geopark ialah untuk meningkatkan taraf sosio-
ekonomi komuniti setempat. Sehubungan dengan itu, pakar ekonomi
diperlukan untuk menilai tahap kemudahan sokongan pelancongan
semasa yang ada di kawasan geopark seperti kemudahan prasarana,
pengangkutan, penginapan, promosi dan lain-lain. Mengenal pasti isu dan
potensi semasa bagi sektor pelancongan di geopark terutamanya yang
dapat meningkatkan tahap sosio-ekonomi komuniti setempat. Kepakaran
dalam bidang ekonomi turut diperlukan bagi mengenal pasti produk dan
sumber jaya pelancongan baharu yang berpotensi dan penjenamaan
semula produk-produk sedia ada di geopark. Di samping itu, pakar dalam
bidang ini juga diperlukan untuk berkerjasama dengan pakar geologi dan
ekologi dalam membentuk cadangan strategi bagi memajukan sektor
pelancongan berasaskan geologi, geoarkeologi, biologi, sejarah dan
budaya secara bersepadu dan mampan.
110