Page 87 - pelan-pelaksanaan-geopark-negara
P. 87

72   PELAN PELAKSANAAN                                                                                                                                                                              PELAN PELAKSANAAN
                                                                                                                                                                                                                 GEOPARK NEGARA
              GEOPARK NEGARA






               6.3     PENGURUSAN SUMBER HUTAN


                       6.3.1  Pengenalan


                       Hutan  memainkan  peranan  penting  dalam  mengekalkan  kestabilan  alam
                       sekitar dan perlindungan kepada pelbagai kehidupan. Dari segi sosioekonomi,

                       hutan menyumbang dalam sektor ekopelancongan di samping menjana hasil
                       kepada  kerajaan  negeri  seperti  bekalan  bahan  kayu  mentah  untuk  industri

                       berasaskan kayu dan mewujudkan peluang pekerjaan. Oleh yang demikian,

                       sumber  hutan  perlu  dipelihara  dan  dipulihara  secara  lestari  untuk
                       memanfaatkan generasi semasa dan akan datang.


                       Sehingga kini, Malaysia masih mampu mengekalkan kawasan hutan dengan
                       keluasan  18.27  juta  hektar,  iaitu  55.3%  daripada  keluasan  tanah  di

                       Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.


                       Pendekatan  pengurusan  hutan  secara  lestari,  yang  lebih  dikenali  sebagai
                       Sustainable  Forest  Management  (SFM),  Malaysia  telah  berjaya  memulihara

                       sumber  hutan  dengan  baik.  Pendekatan  ini  juga  adalah  selaras  dengan
                       keperluan pemuliharaan kepelbagaian biologi dan sebagai sumber air mentah.

                       Dengan pengiktirafan sebagai global geopark dan permintaan terhadap eko-

                       pelancongan  yang  semakin  meningkat,  sumber  hutan  perlu  dipulihara  untuk
                       pendidikan, penyelidikan dan sebagai produk pelancongan.
   82   83   84   85   86   87   88   89   90   91   92